Saturday, November 5, 2011

17 nilai murni

• 1 BAIK HATI
1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahanorang lain
1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluandan perasaan orang lain.
1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlaskepada yang memerlukan.
1.4. Saling memahami – sanggup memberi danmenerima pandangan serta memahami perasaandan keperluan orang lain.
1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf danmemaafkan.

2. BERDIKARI
2.1. Berupaya bertindak sendiri – sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan oranglain.
2.2. Yakin kepada diri sendiri – percaya kepadakebolehan diri dan sanggup mencuba.

3. BERHEMAH TINGGI
3.1. Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan.
3.2. Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengakukesilapan diri sendiri serta sanggup menerimanasihat
.3.3. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengansemua orang

4. HORMAT
4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga – memulia dan patuh kepada mereka
.4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebihtua, guru, rakan jiran dan pemimpin – menunjukkan rasa hormat serta memberi layananyang baik kepada mereka.
4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara – menerimadan hormat kepada kerajaan serta lambangkebesaran negeri dan negara.
4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resampelbagai kaum – menghormati kepercayaandanadat resam semua kaum.
4.5. Patuh kepada undang-undang – mematuhiundang-undang setiap masa.

5. KASIH SAYANG
5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain – menyayangi diri sendiri dan orang lain.
5.2. Sayangkan alam sekitar – Memelihara danmemulihara kehidupan flora dan faunauntuk kesejahteraan hidup.

6. KEADILAN
6.1. Adil – Membuat pertimbangan dankeputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian.
6.2. Saksama – tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.

7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
7.1. Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar  batasan peraturan dan undang-undang yang tersuratdalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat negaradan agama.

8. KEBERANIAN
8.1. Berani mencuba – Berani melakukansesuatu perkara yang baru dan mencubauntuk kebaikan diri sendiri dan orang laindengan mengambil kira risiko yang akandihadapi.
8.2. Berani kerana benar – Beranimempertahankan sesuatu yang diakuikebenarannya dengan menunjukkan buktiyang nyata.

9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
9.1. Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggotayang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat
.9.2. Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alamsekeliling supaya rapi dan bebas daripadakekotoran dan pencemaran
9.3. Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuanyang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorangdalam hubungannya dengan orang lain.

10. KEJUJURAN
10.1. Amanah – Bertanggungjawab dalam melakukansesuatu tugas yang diberikan dan dapatmenimbulkan kepercayaan dan keyakinan oranglain.
10.2. Bercakap benar – Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
10.3. Ikhlas – Melakukan sesuatu suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11. KERAJINAN
11.1. Daya usaha – Berusaha bersungguh-sungguhdengan inisiatif, kreatif dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
11.2. Dedikasi – Berminat dan rela mengorbankanmasa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

12. KERJASAMA
12.1. Gotong-royong – Melakukan sesuatu tugassecara beramai-ramai dan sukarela.
12.2. Toleransi – Bertolak ansur serta dapat mengawalmengelakkan berlakunya perselisihan.
12.3. Perpaduan – Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara danantarabangsa

13. KESEDERHANAAN
13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhana – Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan ataumenimbulkan kemarahan orang lain.
13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkankepentingan diri dan orang lain – Membuat pertimbangan yang sewajarnya supayamemuaskan diri sendiri dan orang lain.

14. KESYUKURAN
14.1. Berterima kasih – Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaanterhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

15. RASIONAL15.1. Membuat pertimbangan – Berupaya mengambilkira baik buruknya sesuatu perkara sebelummembuat keputusan.

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT
16.1. Bermaufakat – Mengutamakan persetujuan dankerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagikepentingan bersama.
16.2. Kerajinan – Berbaik-baik, bertolak ansur, tolongmenolongdan bekerjasama dengan jiran tetanggadan masyarakat.
16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat – Memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.


17. PATRIOTIK 
17.1. Cintakan negara – Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara.
17.2. Berkorban untuk negara – Sanggup melakukanapa sahaja demi mempertahankan negara daripadadiceroboh.

No comments:

Post a Comment