Saturday, November 26, 2011

Contoh RPH Bahasa Melayu

CONTOH RPH Bahasa Melayu TH 4

Rekod Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Tahun 4
Masa 60 minit
Tajuk Berkelah di kawasan air terjun
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat
i. meneliti bahan untuk menyatakan andaian tentang sesuatu perkara tersirat berdasarkan maklumat tersurat
ii. Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca
iii. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan yang ditugaskan
iv. Mengenal pasti dan menyenaraikan imbuhan akhiran –i yang terdapat dalam petikan yang dibaca.
Fokus Utama:
Hasil Pembelajaran Utama (HPU) :
7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca
Hasil Pembelajaran Khusus(HPK) :
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat
Huraian Hasil Pembelajaran (HPP): Kemahiran membaca (Aras 1)
i. Membuat dan menyatakan andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat yang tersurat
Pengisian Kurikulum
Sistem bahasa : Tatabahasa : Akhiran – i
KBT : Kecerdasan pelbagai: Logik matematik,
interpersonal,muzik, kinestatik dan visual ruang
Kemahiran Generik: Kemahiran belajar dan berfikir, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat
Strategi P & P : Direktif, mediatif, Koperatif/Kolaboratif,
Generatif, Kontekstual dan Kajian Masa Depan
Penekanan Konsep 5P :
· Penggabungjalinan : Mendengar dan Bertutur, Membaca dan
Menulis
· Penyerapan : Sistem Bahasa (akhiran-i)
· Penilaian : Penilaian Kendiri dan Rakan Sebaya
· Pengayaan : Laman Web guru untuk mendapatkan
Maklumat dan kerja susulan
· Pemulihan : Tiada
Bahan Sumber P & P:
Perisian (gambar + VO +bunyi), borang maklumat, kad tugasan/kad arahan, borang penilaian aktiviti dan borang penilaian pengalaman pembelajaran
Pengetahuan Perlu Ada:
  1. Murid perlu tahu maksud isi tersirat berdasarkan penyertaan/ maklumat tersurat
  2. Murid perlu tahu membentuk kumpulan secara koperatif dan dapat memilih aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan pelbagai mereka berdasarkan BBB yang disediakan oleh guru
  3. Murid mengenal akhiran- i

CADANGAN PENGURUSAN PENGAJARAN- PEMBELAJARAN
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Set Induksi:
Bayangan minda tentang seekor ikan berenang dalam sungai;
( Lampiran 1)
· Guru menyuruh murid memejamkan mata dan menjalanklan aktiviti bayangan minda
· Murid buka mata, Guru bersoal jawab berdasarkan aktiviti bayangan minda tadi
Contoh soalan:
1. Apa yang kamu fikirkan ?
2. Pada pendapat kamu, apa yang remaja itu buang ?
3. Mengapa kamu berkata demikian ?
4. Apa kesannya pada manusia?
Kandungan Perisian:
· Petikan cerita teks + gambar + VO yang bertajuk “ Berkelah di Kawasan Air Terjun “
( Lampiran 2)
· Memberi isi tersirat dan tersurat berdasarkan bahan bacaan ( Borang maklumat tersirat dan tersurat berdasarkan cerita )
( Lampiran 3 )
( 20 minit )
Aktiviti 1:
· Murid diberi borang maklumat untuk diisi dengan maklumat tersurat yang terdapat dalam cerita yang akan ditonton nanti.
· Murid menonton perisian kursus yang ditayangkan dan membaca petikan teks di skrin.
· Secara berpasangan murid diminta mengenalpasti maklumat tersirat dan mencatatkannya di dalam ruangan yang disediakan.
· Murid menyemak jawapan berdasarkan cadangan jawapan guru yang dipaparkan dengan menggunakan power point.
Tugasan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh murid.
( Lampiran 4 )
( 10 minit )
Aktiviti 2 :
· Murid membentuk 5 kumpulan berdasarkan pelbagai kecerdasan dan kad tugasan yang disediakan pada setiap stesyen.
· Aktiviti dalam kumpulan
Kumpulan 1:
Menyatakan andaian tentang perkara tersirat secara lakonan
Kumpulan 2:
Menyatakan andaian tentang perkara tersirat ke 2 dengan cara membuat lakaran didalam grafik yang disediakan
Kumpulan 3:
Mencatat dan menyatakan andaian sebab-sebab tentang perkara tersirat 3 di dalam borang pengurusan grafik membuat andaian yang disediakan
Kumpulan 4:
Mencatat dan menyatakan kemungkinan akibat membuang sampah ke dalam sungai secara berterusan
Kumpulan 5:
Mendendangkan lagu berdasarkan puisi bertemakan alam sekitar.
Penilaian :
Isi, bahasa dan gaya penyampaian /persembahan hasil tugasan
( Lampiran 5)
( 15 minit )
Aktiviti 3:
· Murid membentangkan tugasan untuk dinilai oleh rakan sebaya berpandukan borang penilaian aktiviti yang disediakan.
· Penilaian guru berdasarkan secara holistik ( kognitif, psikomotor dan afektif )
Petikan Teks
Penilaian pengalaman pembelajaran /refleksi kendiri
( Lampiran 6)
( 5 minit)
Aktiviti 4:
· Murid menyenaraikan akhiran –i berdasarkan petikan cerita yang diedarkan
· Murid menandakan Ya atau Tidak pada borang penilaian pengalaman pembelajaran/refleksi kendiri

Penutup

( 5 minit )
· Rumusan dan penerapan nilai
· Kerja susulan

No comments:

Post a Comment