Saturday, November 19, 2011

SIMPULAN BAHASA 1

  1. air muka-rupa atau wajah seseorang
  2. ambil berat-ambil perhatian
  3. ambil hati-pandai memikat hati seseorang
  4. berat hati-tidak sampai hati
  5. berat mulut-pendiam,tidak suka bercakap banyak
  6. berpeluk tubuh-malas bekerja atau membantu
  7. besar hati-gembira 
  8. buah fikiran-pendapat
  9. cahaya mata-anak
  10. darah daging-anak kandung

Friday, November 18, 2011

MARI BELAJAR LAGU ABC

Kata Hubung

1.dan
~Serina sekeluarga mengunjungi datuk dan nenek di kampung.


2.atau
~Amar berjaya dalam acara lumba lari atau acara lompat tinggi?

3.tetapi
~Budak itu gemuk tetapi lemah.

4.jika
~Kita mesti rajin jika hendak lulus dalam peperiksaan.

5.sambil
~Posmen itu bersiul-siul sambil menunggang motosikal.

6.lalu
~Abang bangun lalu menuju ke ruang tamu.

7.kecuali
~Kakak bekerja setiap hari kecuali hari Ahad.

8.sebelum
~Amanda mengetuk pintu sebelum masuk.

9.selepas
~Selepas bersarapan,saya pun pergi ke sekolah.

10.manakala
~Ibu menanak nasi di dapur manakala ayah mencuci kereta di halaman rumah.

FOTO PERSEMBAHAN 2011




 

KATA SERU 3

 Lengkapkan ayat seruan di bawah.
  • kasihannya kucing itu
  • berani engkau datang ke sini lagi
  • teruskan usaha anda
  • sakitnya kepalaku
  • lajunya pemuda itu memandu kereta                                                                                                                                                                                                                                                     1.Syabas,_______________________________________________________________!
          2.Aduhai,_______________________________________________________________!

          3.Amboi,_______________________________________________________________!

          4.Cis,__________________________________________________________________!

          5.Aduh,________________________________________________________________!
 

Jawapan:
1.teruskan usaha anda
2. kasihannya kucing itu
3. lajunya pemuda itu memandu kereta
4.berani engkau datang ke sini lagi
5. sakitnya kepalaku

KATA SERU 2

Marilah mencari jawapan bersama-sama.

1.__________ ,sudah lama kita tidak berjumpa!
A Oh                    B  Hai                     C  Wah

2._______ ,kamu rupanya yang mencuri duit aku!

A Eh                   B  Oh                        C Ah

3.__________,pantasnya Mak Lily menganyam tikar!
A Wahai             B  Amboi                   C Oh

4.__________,berani engkau mengacau adik aku!
A  Cis                  B  Eh                      CAmboi

5._________,tinggi betul Menara Berkembar Petronas!
A Wah                 B  Aduhai                      C Nah

Jawapan:
1.B          2.D          3.A            4.A         5.A

KATA SERU

1.Wah -hairan,gembira
~Wah,besarnya buah tembikai ini!

2.Cis-marah
~Cis,berani kamu memarahi aku!

3.Amboi-hairan,mengusik orang
~Amboi,merahnya kasut kamu!

4.Oh-terkejut
~Oh,rupa-rupanya awaklah yang menconteng dinding itu!

5.Aduh-sakit
~Aduh,sakitnya kakiku!

6.Aduhai-sakit,malang nasibnya
~Aduhai,malang nasibku!

7.Nah-mempelawa untuk menerima sesuatu
~Nah,ambillah pen ini!

8.Syabas-baik,bagus
~Syabas,kamu telah berjaya!