Friday, December 9, 2011

KATA SENDI

A. Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.

terhadap     untuk        di          tentang      sejak
daripada     seperti     pada      dari             ke


1 Kapal terbang Tokyo itu sedang mendarat.
2 Saya hendak rumah nenek.
3 Ibu bapa harus mengambil berat pelajaran anak-anak.
4 "Jangan bermain tepi parit," pesan ayah. disiplin di kalangan murid.
5 Guru Besar bercakap displin di kalangan murid.
6 Tas tangan itu dibuat kulit haiwan.
7 Wajah lelaki itu pucat ayam berak kapur kerana demam.
8 Mainan ini adalah adik bongsu saya.
9 Dia membubuh ubat lukanya.
10 Siong Fat kehilangan ayahnya kecil.

KATA ADJEKTIF 2

JAWAPAN KATA ADJEKTIF

Hai,kawan-kawan telah mencuba!!     
Marilah periksa jawapan kamu...


1.benci
2.leper
3.muda
4.merdu
5.kencang
6.sembuh
7.suntuk
8.bingung
9.tebal
10.merah

KATA ADJEKTIF

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.     

muda       merah     leper           tebal           merdu
suntuk     benci       bingung      sembuh      kencang

1 Jika kita selalu bercakap bohong, kawan-kawan akan kepada kita.
2 Piring yang itu telah pecah.
3 Air kelapa enak diminum.
4 Suara biduanita Syarifah Aini sungguh .
5 Angin telah menumbangkan beberapa batang pokok.
6 Chandran sudah daripada sakit.
7 Adibah tidak dapat menyiapkan kerja itu kerana masa sudah .
8 Shanti memikirkan masalah yang dihadapinya.
9 "Ambilkan saya buku di atas meja itu," kata Cikgu Kasim.
10 Harga sekilogram cili      ialah RM 9.00.

Monday, December 5, 2011

contoh karangan :gambar bersiri

Contoh Karangan : Gambar Bersiri      

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. 
Panjang huraiananda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Semangat Kejiranan



Contoh Jawapan


       Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui.

      Semangat kejiranan wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim.

      Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu dengan lain. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa.

      Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.

      Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.